Wednesday, November 4, 2009

Lupakan!


wahai siswa yang cikgu kasihi,

kita berada di zaman globalisasi.. istilah global ini bukannya baru kepada anda semua.tetapi setakat mana kita benar-benar memahami istilah ini??? Dunia tanpa sempadan? Ya betul.. tapi sempadan itu dari konteks apa? ya... sempadan itu kita teroka dari segi konteks, agama, bahasa, bangsa, sentimen dan komunikasi. Dunia tanpa sempadan pula bermaksud kehidupan kita tidak dibatasi oleh beberapa faktor yang cikgu nyatakan tadi. TETAPI, apakah hidup kita selama ini dibatasi sempadan atau sebaliknya??

Mari kita mengambil contoh yang cukup mudah...isu MYSIA-INDO. Bagaimana kita melihat inisiatif kerajaan membantu mangsa gempa di Padang, Indonesia dalam perspektif yang positif? Adakah kita sebagai rakyat MYSIA dilingkari sempadan. ada setengah pihak tidak mahu langsung membantu mangsa gempa. ada yang hendak bantu. Tetapi nisbah mereka yang tidak mahu menolong menunjukkan kadar yang agak yang tinggi daripada mereka yang hendak membantu.

Cikgu sempat melihat bancian yang dibuat oleh harian Metro dalam laman webnya untuk membanci KESANGGUPAN rakyat kita membantu mangsa gempa di Padang dan hasilnya,


52.65%
Tidak setuju

40.39%
Setuju

6.96%

Ragu-ragu


Bancian ini jelas menggambarkan rakyat MYSIA belum benar-benar bersedia untuk mengubah persepektif mereka untuk menjadi lebih matang dalam membantu mangsa bencana. Mungkin anak INDO tidak menghargai kita. tetapi kita anak MYSIA. Kita mesti menunjukkan keperibadian kita yang luhur. Marilah kita membantu bangsa manusia kita yang hendakkan tolong dan Ehsan.


Akhir kata, lupakan perbalahan antara dua negara, dan bersama-samalah bantu mangsa gempa di Padang. Terima Kasih

Kerana Aku Seorang Guru


Kerana aku seorang guru

mencurahkan bakti tak kira waktu

menabur jasa di mana jua

susah payah diharungi


kerana aku seorang guru

umpama lilin nan sebatang membakar diri

menerangi orang lain

memberi kenal A, B, C juga menyebut Alif, Ba, Ta

sehinggalah menjadi perdana menteri yang disegani

pegawai yang dikagumi

doktor yang berwibawa, arkitek yang ternama

pemimpin yang dihormati

telah mewarnai dunia ini


kerana aku seorang guru

kalau pelajar gagal

dikata guru tak pandai mengajar

andai pelajar berjaya

kerana dia pandai bukan dek jasa guru


kerana aku seorang guru

tetap tabah, pasrah, dan redha

kerana jasa yang ditabur itu mulia

bakti diluhur satu amanah

hanya akhirat balasan diharap


kerana aku seorang guru

bukan diminta duit bertimbun

bukan diminta emas berkarun

bukan diminta jasa disanjung

bukan diminta budi dihitung

hanya dipinta pengorbanan dihargai

kerana yang pergi tetap di panggil "cikgu".


nukilan

Hairie H.I

SK Lembah Jaya, Setiu, Terengganu

Majalah pendidik.

UPSI anjur kempen kitar semula...syabas!!!


Salam perpaduan kepada semua siswa dan siswi.. cikgu sangat tertarik dengan komitmen UPSI yang merupakan IPTA tertua di negara kita, mengambil inisiatif untuk memberikan kesedaran kepada warga pelajar mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dengan menganjurkan kempen kitar semula. kempen ini bertujuan untuk memupuk sifat bertanggungjawab dikalangan warga pelajar terhadap memelihara dan memulihara sumber alam.


Mengikut dapatan cikgu, pelbagai bahan buangan seperti tin aluminium, botol plastik dan kaca, kertas serta surat khabar lama berjaya dikumpul dan diserahkan kepada syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora Sdn Bhd untuk dikitar semula.


Usaha dan komitmen yang diberi itu memperlihatkan kesungguhan semua pihak berganding bahu memastikan penjagaan alam sekitar.


Lebih-lebih lagi, sikap ini wajar diamalkan mahasiswa kerana persekitaran kampus yang bersih mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Cikgu mengucapkan terima kasih dan syabas kepada mahasiswa Upsi yang begitu prihatin kepada komplikasi alam sekitar. syabas dan teruskan usaha murni anda!!!!!
hi semua... ini merupakan blog cikgu kalithasan. harap-harap kita merapatkan lagi hubungan kita sebagai seorang guru dan pelajar yang benar-benar mematuhi falsafah pendidikan negara. harap-harap blog ini dapat meleraikan kekusutan anda dalam subjek yang berkaitan dengan bidang bahasa. blog ini akan sentiasa dikemaskini oleh cikgu dan segala respons kalian amatlah dialu-alukan. salam perkenalan dan selamat maju jaya.