Wednesday, November 4, 2009

Kerana Aku Seorang Guru


Kerana aku seorang guru

mencurahkan bakti tak kira waktu

menabur jasa di mana jua

susah payah diharungi


kerana aku seorang guru

umpama lilin nan sebatang membakar diri

menerangi orang lain

memberi kenal A, B, C juga menyebut Alif, Ba, Ta

sehinggalah menjadi perdana menteri yang disegani

pegawai yang dikagumi

doktor yang berwibawa, arkitek yang ternama

pemimpin yang dihormati

telah mewarnai dunia ini


kerana aku seorang guru

kalau pelajar gagal

dikata guru tak pandai mengajar

andai pelajar berjaya

kerana dia pandai bukan dek jasa guru


kerana aku seorang guru

tetap tabah, pasrah, dan redha

kerana jasa yang ditabur itu mulia

bakti diluhur satu amanah

hanya akhirat balasan diharap


kerana aku seorang guru

bukan diminta duit bertimbun

bukan diminta emas berkarun

bukan diminta jasa disanjung

bukan diminta budi dihitung

hanya dipinta pengorbanan dihargai

kerana yang pergi tetap di panggil "cikgu".


nukilan

Hairie H.I

SK Lembah Jaya, Setiu, Terengganu

Majalah pendidik.

No comments:

Post a Comment