
Salam perpaduan kepada semua siswa dan siswi.. cikgu sangat tertarik dengan komitmen UPSI yang merupakan IPTA tertua di negara kita, mengambil inisiatif untuk memberikan kesedaran kepada warga pelajar mengenai kepentingan menjaga alam sekitar dengan menganjurkan kempen kitar semula. kempen ini bertujuan untuk memupuk sifat bertanggungjawab dikalangan warga pelajar terhadap memelihara dan memulihara sumber alam.
Mengikut dapatan cikgu, pelbagai bahan buangan seperti tin aluminium, botol plastik dan kaca, kertas serta surat khabar lama berjaya dikumpul dan diserahkan kepada syarikat pengurusan sisa pepejal, Alam Flora Sdn Bhd untuk dikitar semula.
Usaha dan komitmen yang diberi itu memperlihatkan kesungguhan semua pihak berganding bahu memastikan penjagaan alam sekitar.
Lebih-lebih lagi, sikap ini wajar diamalkan mahasiswa kerana persekitaran kampus yang bersih mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Cikgu mengucapkan terima kasih dan syabas kepada mahasiswa Upsi yang begitu prihatin kepada komplikasi alam sekitar. syabas dan teruskan usaha murni anda!!!!!

No comments:
Post a Comment